Salam sejahtera usahawan semua. Hari ini saya ambil kesempatan membuat sedikit pandangan peribadi saya tentang ebook Panduan Kindle Direct Publishing Amazon yang saya beli seminggu yang lepas daripada usahawan Syam.

Saya membeli ebook ini dengan harga RM40. Setelah mendapat cek daripada program affiliate amazon saya tertarik pula cuba menjana pendapatan dengan Kindle Direct Publishing maka saya mendapatkan panduan ini sebagai rujukan tambahan. Ini adalah kerana ada bahagian tertentu yang perlu saya ketahui terutama penghasilan ebook yang bakal saya jual amazon. Sebenarnya terdapat banyak panduan secara percuma di youtube dan blog orang mat salleh tentang buat duit dengan kindle tetapi kalau percuma tu penerangan pun cara percuma.

Secara keseluruhannya panduan ini hanya sesuai untuk yang baru mengenal kindle. Bagi yang sudah biasa dengan amazon, perkhidmatan online tidak perlulah mendapatkan ebook ini. Bagi yang baru mengenal kindle dan mahu menjana pendapatan pasif, elok dapatkan ebook panduan kindle direct publishing ini tapi kalau mahu yang lebih pro saya cadangkan panduan lain.

Terdapat juga panduan buat duit dengan kindle amazon yang lebih advance tetapi harganya agak mahal tapi kalau dinilai dengan hasil pendapatan anda, ia sangat berbaloi kata mereka yang sudah memilikinya. Lepas kumpul bajet saya akan beli panduan yang lebih advance pula. Mahu beli sebelum ini tetapi takut tidak sesuai dengan tahap saya.

Baiklah, Jika sekiranya membeli ebook Panduan Kindle Direst Publishing, anda akan mendapat ebook panduan dan tiga bonus dalam bentuk video.

Bagi penilaian pertama saya ia mesra pembeli..maksud saya semua peringkat sama ada yang baru mengenal Amazon mahupun yang sudah lama menjana pendapatan di Amazon.

Menjana pendapatan di KDP dan program affiliate Amazon adalah dua perkara yang berbeza jadi walaupun sudah biasa dengan program affiliate Amazon belum tentu tahu selok belok menjana pendapatan melalui KDP terutama bab penghasilan ebook tanpa menulis.

Seperkara komen negatif dari saya, penulis sepatutnya juga memberi fokus cara penerbitan ebook di amazon contohnya bagaimana memiliki ebook sendiri tanpa menulis seperti yang dinyatakan dalam laman jualan. Sejujurnya saya mendapatkan ebook ini hanya kerana ingin tahu bagaimana mencipta ebook tanpa menulis. Jawapan ada dalam video bonus yang disertakan malang sekali penerangan ringkas sahaja dan saya fikir ia kurang membantu bagi pemula. Saya bernasib baik sebab saya biasa denga tempat yang diceritakan dalam video.

Saya cadangkan penulis lebih memperincikan bahagian itu dan jangan menganggap pembeli ebook ini mempunyai kemahiran menghasilkan karya sendiri seperti yang penulis nyatakan dalam ebook utama.

Baiklah saya terangkan perkara bagus yang anda akan pelajari daripada ebook ini. Selain penerangan tentang kindle dan cara membuka akaun di KDP, pembeli juga akan diajar cara mengupload ebook di KDP. Walaupun tidak terlalu teknikal tetapi ia perlu diketahui bagi mengelakkan sebarang kesulitan....Ia dalam bentuk image jadi senang di fahami.

Penerbit ebook di KDP perlu melalui temuduga percukaian dan semua ini ada dijelaskan dalam ebook panduan ini. Ia diterangkan secara penjang lebar dalam bentuk image jadi ia memudahkan pemahaman pembeli ebook ini. Bagi yang biasa di CB tak ada isu besar dalam hal ini.

Paling penting supaya ebook yang anda upload tidak kena rejek, anda kena tahu format ebook yang anda upload. Dalam panduan ini ada diterangkan format yang betul dan penyelesaian jika anda tidak ada kemahiran teknikal tentang format ebook. Ini penting jika anda mempunyai kemahiran menghasilkan karya sendiri tetapi tidak tahu format ebook di kindle.

Ini bukan rahsia sebab banyak dibincangkan di alam maya iaitu tentang cara menerima pembayaran komisyen melalui program affiliate amazon terus ke akaun bank, dari Amazon ke akaun bank Amerika kemudian dari bank Amerika ke akaun bank di Malaysia. Namun saya percaya masih ada juga rakyat Malaysia yang tidak tahu ini. Saya dulu pun mengharapkan cek datang ke Malaysia sebab tidak tahu pada awalnya cara buka bank di Amerika tanpa pergi ke Amerika. Sesiapa pun boleh buka akaun bank di Amerika tanpa pergi ke Amerika selagi mampu menghadap komputer.

Dan... banyak lagi perkara yang diterangkan dalam ebook ini yang saya tidak tulis di sini. Secara keseluruhannya ebook ini boleh membantu bagi mereka yang baru hendak bermula di Amazon dan menambah ilmu pengetahuan bagi yang sudah biasa dengan amazon seperti saya. Terdapat bahagian tertentu yang saya kena tahu seperti cara menghasilkan ebook tanpa menulis dan kini sedang menunggu ebook pertama saya siap.

Berminat menjana pendapatan dengan Kindle, dapatkan ebook ini di sini.

Semoga membantu.


Post a Comment