Pada bulan Julai yang lepas saya ada memperkenalkan panduan cara berniaga di shopee. Memandangkan portal shopee memang lubuk buat duit kepada semua yang mahu berniaga dalam talian, panduan bisnes shopee pula muncul untuk memberikan panduan kepada bakal usahawan yang berniaga di shopee.


Saya sendiri memang sudah terjebak membeli-belah di shopee. Saya sudah berkali-kali membeli si shopee. Pada bulan september ini sahaja saya sudah membeli 14 produk melalui shopee. Produk paling mahal saya beli ialah Huawei Honor A2 Heart Rate Monitor. Produk lain semua berharga di bawah RM100. Saya beli produk ini melalui shopee kerana harga lebih murah, ada baucer tambang percuma, ada coin dan paling utama produk ini tiada dijual di kedai di bandar saya tinggal. Sebagai contoh jam Huawei Honor dan hellobox sat finder.

Saya percaya anda juga pernah membeli-belah di shopee terutama sekali apabila ada jualan hebat seperti shocking sale 9.9 yang dilancarkan oleh shopee baru-baru ini yang akan berlarutan sehingga pertengahan bulan oktober.

Bagi yang berhasrat untuk menjadi pembeli di shopee kepada peniaga di shopee, kini sudah terdapat panduan memulakan bisnes di shopee dan yang terkini Panduan Bisnes Shopee. Jika anda berminat untuk berniaga di shopee, jangan ketinggalan mendapatkan ebook ini.

Sedikit tentang Panduan Bisnes Shopee ;

1. Mengajar cara-cara mendaftar dan konfigurasi kedai di shopee sama ada menggunakan komputer atau aplikasi handphone.

2. Mengajar cara-cara memasukkan gambar produk ke dalam kedai di shopee serta tips pemilihan gambar produk.

3. Mengajar cara-cara mengurus order daripada pelanggan seperti pembungkusan, penghantaran dan tindakan yang perlu dilakukan jika kehabisan stok.

.. dan banyak lagi.

Maklumat selanjutnya sila layari halaman Panduan Bisnes Shopee.

Post a Comment