Jana pendapatan melalui facebook tanpa mengeluarkan satu sen pun bukanlah sesuatu yang mustahil. Seseorang itu boleh menjana pendapatan sama ada jual produk sendiri atau produk orang lain. Menariknya anda juga boleh menjana pendapatan tanpa melakukan sebarang aktiviti jual beli.

Perlu ingat menjual produk lebih menguntungkan berbanding hanya menyampaikan maklumat.

Dahulu saya pernah terbaca di blog orang lain tentang potensi yang sangat cerah untuk menjana pendapatan di facebook. Saya ambil positif pendapat orang bahawa akaun facebook boleh menjana pendapatan. Tidak rugi mencuba sebab ia percuma.

Cara menjana pendapatan melalui facebook

Ada beberapa cara menjana pendapatan melalui facebook. Anda boleh praktikkan mengikut kesesuaian sendiri.

Pertama anda boleh menjana pendapatan dengan menjual produk sendiri. Ada orang jual tudung, ikan bilis, pakaian dan macam-macam lagi. Anda ada produk yang hendak dijual, jadikan facebook sebagai medium melakukan pemasaran.

Kedua melalui affiliate. Tidak ada produk sendiri hendak jual bukan masalah. Anda boleh bantu orang lain jual produk mereka melalui program affiliate. Mempromosi affiliate melalui facebook ada seni. Sebelum jana pendapatan melalui facebook dengan affiliate, ketahui dahulu cara mudah promosi affiliate secara berkesan bagi mengetahui cara promosi link affiliate di facebook.


Ketiga melalui perkongsian maklumat. Sebenarnya ada cara anda menjana pendapatan dengan hanya kemaskini status anda sahaja. Bayangkan jika ada 50 orang melawat perkongsian anda. Anda percuma dapat RM10. Itu baru dapat 50 orang klik pautan status anda. Bagaimana jika kesemua rakan atau follower anda yang seramai 600 orang itu akan melayari pautan yang anda kongsi?

Ini menarik terutama yang suka berkongsi maklumat. Ketahui cara melakukannya.

Buka akaun 8Coin. Apa itu 8coin boleh anda ketahui selepas ke laman webnya. Pastinya bukan skim cepat kaya atau skim piramid. Jika anda melakukan promosi di fanpage facebook, pastikan fanpage anda mempunyai ramai follower. Mendapatkan follower yang ramai agak susah terutama yang tidak aktif di facebook macam saya. Bagi yang aktif di facebook perlu mendapatkan seberapa ramai follower supaya anda jadi superstar fanpage.

Tapi jika tidak berjaya mendapat klik setiap post yang anda daripada kawan-kawan, jangan pula salahkan follower. Jangan salahkan post saya ini. Anda kena kaji sebab follower tak klik. Mungkin juga ayat anda kurang padu. Ayat kena padu supaya rakan-rakan berebut-rebut hendak tahu maklumat yang anda kongsikan. Jika tak tahu cara bina ayat padu kena belajar cara-cara buat ayat padu. Ayat sangat mempengaruhi.

Sebagai kesimpulan, anda perlu meneroka potensi jana pendapatan melalui facebook jika anda setiap hari login di facebook. Jika anda seperti saya yang login di facebook boleh dibilang dengan jari, carilah medium yang paling dekat dengan anda.

Post a Comment