Strategi Pemasaran Affiliate


Dalam kebanyakkan masa, strategi promosi utama yang pasti akan anda gunakan adalah promosi melalui email atau melalui mesej anda di Facebook.


Sebagai seorang usahawan affiliate yang bijak, anda perlu mengawal jumlah promosi yang anda lakukan kepada subscriber atau follower anda.


Jika anda terlalu kerap menghantar email promosi affiliate atau mesej promosi melalui Facebook kepada orang lain, maka besar kemungkinan lambat laun mereka akan bosan dengan promosi berterusan yang anda lakukan ke atas mereka.


Mereka akan beranggapan bahawa anda cuma mahu melakukan promosi dan cuma ingin menjana wang daripada mereka tanpa mempedulikan kepentingan dan keinginan mereka.


Keadaan ini sudah pasti sama dengan diri anda sendiri. Jika anda sering mendapat email promosi atau mesej daripada seseorang yang cuma berbaur jualan, maka lambat laun anda juga akan bosan dan selepas itu tidak mahu lagi mengendahkan sebarang komunikasi daripada orang tersebut.


Oleh itu, anda perlu mengelakkan daripada orang lain berfikiran sebegitu terhadap anda.


Strategi promosi affiliate yang baik perlu menekankan pemberian maklumat atau pengetahuan yang berguna kepada orang lain selain daripada hanya melakukan promosi produk affiliate semata-mata.


Cuba ubah fokus anda daripada cuma ingin membuat duit kepada ingin membantu orang lain untuk mencapai kejayaan di dalam perkara yang mereka inginkan.


Satu teknik berkesan yang syorkan kepada adalah apa yang saya katakan sebagai Strategi Affiliate 2:1.


Strategi Affiliate 2:1 ini membawa maksud yang anda perlu berkongsi sekurang-kurangnya 2 maklumat yang berguna untuk setiap 1 promosi produk affiliate yang anda lakukan.


Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang affiliate di dalam niche menguruskan badan, anda boleh memberikan 2 perkongsian yang berguna mengenai teknik menguruskan badan kepada subscriber atau follower anda sebelum menghantar satu email yang berupa email promosi affiliate untuk sesuatu produk.


Oleh itu, susunan perkongsian adalah:

- 1 email maklumat/pengetahuan
- 1 email maklumat/pengetahuan
- 1 email promosi produk affiliate

Dengan itu, kitaran di atas boleh ulangi mengikut keperluan anda.


Jika anda mampu berbuat demikian, maka sudah pasti mereka yang menerima promosi affiliate selepas anda berkongsi maklumat berguna kepada mereka akan lebih yakin tentang promosi itu kerana mereka tahu yang anda sebenarnya mahu membantu mereka dan bukan semata-mata inginkan wang mereka saja.


Perlaksanaan Strategi Affiliate 2:1 ini sebenarnya terpulang kepada budi-bicara anda. Ada orang yang mungkin ingin memberikan 3 atau 4 maklumat berguna sebelum membuat satu promosi affiliate.


Saranan saya, jangan terlalu singkat seperti 1 maklumat berguna kepada 1 promosi affiliate dan jangan pula terlalu panjang seperti 6 maklumat berguna kepada 1 promosi affiliate. Lakukannya dengan kadar yang sesuai dengan penerimaan orang-orang yang berada di dalam niche anda.


Saya yakin, jika anda mampu memberikan fokus kepada ingin membantu orang lain terlebih dahulu berbanding ingin menjana wang, maka anda akan mendapati bahawa rezeki anda sebagai seorang affiliate akan lebih bertambah lagi selepas itu.


Sehingga bertemu lagi di kesempatan yang lain, salam hormat dan salam kejayaan.



Post a Comment